Webinar Compositing & Editing
26 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2026, seorang peserta telah mengikuti sesi Webinar Compositing & Editing yang dijalankan melalui platform Google Meet. Webinar ini disampaikan oleh Encik Faizal Hakimmy dan bertujuan memberi pendedahan mengenai asas compositing dan editing, termasuk teknik penyusunan visual, penggabungan elemen, aliran suntingan serta proses akhir dalam menghasilkan kandungan animasi dan video yang lebih kemas dan profesional.
Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada kepentingan memahami aliran kerja editing yang sistematik serta penggunaan teknik compositing yang betul bagi memastikan hasil visual yang dihasilkan lebih berkualiti. Peserta juga mempelajari bagaimana setiap elemen visual dapat digabungkan dengan baik untuk menghasilkan kandungan yang menarik dan tersusun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: